Setelah sekian lama akhirnya entri
kali ini mencecah bilangan ke-100. Ini bukanlah sesuatu yang saya
banggakan, kerana selama lebih daripada 3 tahun berblogging baru kali
ini tercapai jumlah ini. Lagipun saya bukanlah jenis yang komited 100%
kepada dunia blogging ini.
Dibandingkan
dengan blog-blog di luar sana, ada yang sudah pun masuk entri ke-100
hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Memang saya 'respek' dan kagum
pada semangat dan tahap komitmen sebegini.
Bila difikirkan semula, Entri Pertama
saya di blog ini lahir pada Mac 2009. Terasa sungguh lucu dengan
penampilan dan gaya penulisan. Saya tidak akan edit entri tersebut,
biarkan sahaja sebegitu rupa supaya mengingatkan betapa naifnya saya
pada waktu itu.
Walaupun sudah masuk entri ke-100, saya masih tercari-cari identiti untuk blog ini. Seribu jenis idea dan pandangan sudah saya fikirkan. Saya hampir-hampir buntu. Oleh itu, besarlah harapan saya supaya anda yang baca entri ini dapat memberikan sedikit ulasan, komen dan apa juga cadangan untuk menaikkan kualiti blog ini.
Maaf, tiada hadiah ataupun 'giveaway' yang dapat saya berikan. Cuma jutaan terima kasih dan penghargaan yang termampu saya beri.