Selepas beberapa hari blog ini akhirnya dapat di-updatekan semula. Ini adalah pasal sedikit masalah teknikal yang berlaku semasa aku sedang mencuba beberapa template blog yang baru. Sekarang ni masalah dah selesai, dan aku rasa buat masa ini aku akan kekalkan sementara layout standard blog ini.
Buat masa ni, aku memang cuma mahir dalam mengedit gambar @ imej menggunakan software komputer seperti GIMP dan juga Photoshop. Tapi adakah aku berbakat jika mengambil gambar yang cantik menggunakan kamera? Entahlah. Minat sahaja tak cukup rasanya.
Tambahan pula samada kamera digital yang kompak mahupun kamera DSLR yang menjadi kegilaan ramai orang sekarang ni, dua-duanya aku tak ada! Last kamera digital yang aku ada pun dah rosak. Semenjak itu dah kurang aku ambil gambar.
Aku cuma gunakan kamera telefon sahaja untuk semua urusan bergambar. Sebabnya telefon aku ni dari jenis Sony Ericsson Satio 12MP kamera. Walaupun 12MP, thrillnya tak sama dengan kamera digital yang biasa kita pakai tu. teringin juga nak sambar kamera manual seperti DSLR, tapi kekangan dunia ni banyak sangat. Aku juga punya prioriti hidup yang lain. So, tunggu aja lah ye. Tak dapat yang canggih-canggih, dapat beli yang kompak pun jadiklah.
Harap-harap nanti dapat asah bakat dalam fotografi pula.






